♥ Siblings Love ♥



Assalamualaikum sihat tak korang? kalau sihat alhamdulilllah hari nie kan hanis nak kongsi info bawah nie hanis pun tak tau nak cakap macam mana hehe ! let's go :)

(1) tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas 

TANAH 
sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, berdisiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. badannya kurus, kurang tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR 
sifat air dikaitkan dengan Perasa. ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan,penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, nerahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran
panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API 
sifat api dikaitkan sebagai jenis Instuisi (kebolehanmengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). ia tergolongkan sebagai sifat kelakian. pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetetif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetetif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak berfikiran. perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN 
SIFAT ANGIN DIKAITKAN DENGAN JENIS pemikir. ia tergolong sebagi sifat kelakian(masculine). lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah. sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR : JIWA, SEJUK)
orang teori, sukar dipengaruh, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah nerbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

P/S: semua di atas hanya teori sahaja.


♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥

0 kawan kita: