♥ Cinta Mengikut Islam ♥
Assalamualaikum semua apa khabar hope korang semua sihat hari nie hanis nak cerita tentang CINTA wahh !
CINTA ISLAM - memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilaun cinta inimenjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam islam .
antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta :
" ala aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah.."
" saya cintakan awak kerana allah "
"kita couple bukan buat maksiat pun "
Firman allah S.W.T :
" Dan janganlah kalian mendekati zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."( Al-Israa':32)
allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokan harinya iman kita menjadi nipis daripada kulit bawang.
bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
" macam mana nak cakap dengan dia nie? aku sayang dia ! "
" kalau minya 'break',nanti dia sanggup tunggu aku kea?"
" tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun couple"
kita couple nie kan sebab nak berubah sama-sama. tak salah.."
sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. kesannya? nauzubillah ! hanya allah sahaja yang tahu segala-galanya.
menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu berserah 100% tanpa usaha. usaha yang perlu kita lakukan adalah menjadi hamba allah yang terbaik dn sentiasa berdoa kepada-nya.
sebagaimana janji allah yang berbunyi, allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. begitularh yang sebaliknya. Firman allah dalam surah an-nur :
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ( pula )."
(Al-Nur 24:26)
iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang menjadi realiti kehidupan ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. insya-allah ! ayuh ! kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
marilah kita abadikan doa ajaran Rasullullah ini dalam sujud:
" ya allah kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"
(Al-Furqan 25:74")
♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥
0 kawan kita:
Post a Comment