♥ Sahabat , Aku Sayang Kamu ! ' ♥
Assalamualaikum :)
korang ada ramai sahabat ? Biasanya mereka yang peramah, cantik, ternama mudah mendapat
ramai kawan. Namun, ini tidk bermakna anda yang pendiam dan biasa sahaja orangnya tidak mampu berkawan dengan orang lain. Tengok pada karakter anda. Setiap orang memiliki cita rasa yang berlainan.
1. Berkongsi
suka dan duka sentiasa bersama. Tidak terlintas di hati untuk meninggalkannya keseorangan pada saat dia memerlukan. Apabila gembira, aku turut tersenyum dan bergelak ketawa. Bagi aku, dukanya aku duka jua
baginy. Gembiranya dia, milik diriku juga. Sungguh sayu bukan perasaan begini ?
2. Berkorban
Apabila dia tidak mempunyai wang ringgit, aku sanggup menhulurkan bantuan walaupun aku hanya cukup-cukup makan ketika itu. Hanya pahala yang ada di fikiran ini kerana membatu sahabat sejati sendiri. Tidak kisah apa balasan daripada tuan empunya badan. Paling penting, Allah tahu niat disebalik hati kecilku. Biar dia kekenyangan, aku pula berlapar. Sungguh terharu pengorbanan ini.
3. Memaafkan
Saat berselisih faham pasti ada yang berkecil hati. Jika tiada perasaan tolak ansur, maka hubungan persahabatan itu tidak akan bermakna. Walau sekerap mana dia menyakiti hati ini, aku akan tetap memaafkan dirinya. Aku tidak mahu rasa ego menguasai diri. Aku tahu, lama kelamaan dia juga akan sejuk hatinya dan hubungan kami akan kembali normal.
4. Mendekatkan Diri
Walau berpuluh lautan menjadi pemisah antara kami, aku akan cuba sedaya upaya untuk dekat dengan sahabat baikku tatkala dia memerlukan bantuanku. Jaringan sosial sekarang sangat mudah .
Syanini ♥
♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥
0 kawan kita:
Post a Comment