♥ Pesanan Rasulullah kepada wanita ♥






Assalamualaikum hari nie hanis nak cerita lagi tentang pesanan rasullullah kepada wanita. ! indahkan jadi wanita? beruntung sangat kerana mudah untuk syurga tapi wanita juga mudah masuk neraka.
antara sebab wanita masuk neraka :

sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu eid, dimana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan rasullullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. baginda bersetuj dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Niss;. setelah kaum wanita berkumpul, bilal pergi memanggil rasullullah SAW. baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut 

: 'Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka'.

seorang wanita lalu bangun bertanya, " apakah yang menyebabkan yang demikian? adakah sebab kami ini kufur? " rasullullah SAW menjawab, " tidak menjerumuskan kamu ke dalam neraka :

1. kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. kamu kufurkan kebaikan suami "

kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. banyak beristighfar
2. banyak bersedekah.

keterangan : 
yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyampah ialah seperti contoh di bawah :

contoh 1 : 
katakan kita lama menunggu bas. tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, " driver bas ini dah mampus agaknya " perkataan mampus itu termasuk dalam erti menyumpah. lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, harta suami pun kena sumpah.

contoh 2 : 
sedang memasak gas habis. kita mungkin berkata " **** punya gas. masa ini juga nak habis " yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah di tunaikan oleh suami.

berkaitan dengan hal ini, rasullullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang di maksudkan dengan ' kufurkan kebaikan suami ' rasullullah SAW berkata, " tidaklah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, desebabkan tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki maka dia akan berkata, " awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak " (terjemahan langsung dari arab)

[dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut : " selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat? ".][tak guna sesen pun "]

rasullullah SAW sambung lagi,'mana-mana isteri yang berkata , " awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak', maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' saranan rasullullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita kedalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.




♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥

0 kawan kita: