♥ Kelebihan Ramadhan ♥




assalamualaikum korang dan salam ramadhan ! teruja kan nak puasa :) wahhh ! teruja sangat-2 nie ! HEhe !
bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang istimewaannya iaitu Rejab dan Sya'aban. bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. abu hurairah menyatakan : telah bersabda rasullullah S.A.W. yang bermaksud : apabila telah tibanya ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. daripada abu hurairah daripada rasullullah S.A.W.telah bersabda yang bermaksud : sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, ibn majah, ibn habban dan baihaqi-

3. abu harairah telah berkata: aku telah mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda tenteng ramadhan yang bermaksud : sesiapa yang mendirikannya ( ramadhan ) penuh keimana dan keikhlasan siampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu- hadis riwayat bukhari, muslim, tarmizi, abu daud, nasai'e, malik, ahmad dan baihaqi-

4. daripada abu hurairah telah berkata : rasullullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : sembahyang yang difardhukan kepasa sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan jumaat kepada jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan:
syirik kepada allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian ( dilanggar ). telah berkata abu hurairah: maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya : wahai rasullulah ! adapun syirik dengan allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? baginda s.a.w bersabda : adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (islam)- hadis riwayat ahmad, al-hakim, dan baihaqi-

5. daripasa abi soleh az-zayyat bahawa dia telah mendengar abu hurairah berkata : rasullullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : setiap amalan anak adam baginya melainkan puasa maka ia untukku dan aku akan membalasnya, dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berasa pada hari puasa maka dia dilarang menhampiri ( bercumbu ) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri nabi muhamad ditangannya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukannya dan apabila bertemu tuhannya dia gembira dengan puasanya.- hadis riwayat imam bukhari, muslim, nasai'e, ahmad, ibn khuzaimah, ibn habban dan baihaqi- 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :) 


♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥

♥ Kejadian Manusia Dalam Rahim ♥





assalamualaikum korang :) hanis update lagi sebab apa hanis rajin banyak nak update blog sebab hanis ternampak satu video tentang kejadian manusia memang sedih gila. hanis yang tegok nie dah nangis terkenangkan macam mana mama kita lahirkan kita. walaupun hanis tak rasa sakit dia tapi hanis tau memang sakit gila sebab mama hanis pernah cerita masa nak lahirkan hanis sakit sangat-sangat. sebab hanis anak sulung mama hanis sakit sehari juga larh dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.00 keesokan hari nya baru hanis lahir apa-apa pun terima kasih mama sebab lahirkan hanis kemuka bumi nie :) love you ! 

membina seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah. mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. memang ia sukar dan meletihkan. kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak :) LOVE YOU MUM & DAD !






♥ Thanks , Welcome To My Blog , ♥